RADIO ASSUNNAH

Blog Perawat Islam dan Kesihatan

Friday, December 25, 2009

Pelembut Hati

Sumber: http://berjalandanmelihat-perubatanislam.blogspot.com/

Atas permintaan seorang pengunjung, maka dikongsi bersama amalan di bawah.

Kaedah

1. Ayat dibawah dibacakan keatas

i. Air
ii. Makanan ruji seperti beras, gula, serbuk teh, serbuk kopi

2. Ayat tambahan dibaca mengikut jenis masalah.


Ayat-Ayat Pelembut Hati
1. Al-Fatihah
2. Surah Toha ( 1-5)



Ayat Tambahan

A. Pemarah

Surah Al-A'raf ( 7 : 154)

B. Suka berjalan

Surah Ali Imran (2:200) sebanyak 7x

C. Menyatukan pasang

Surah Ali-Imrah (2 :103) sebanyak 3x

Untuk ayat-ayat tambahan lain seperti bengis@samseng, terlalu cemburu, dan lain-lain, insyaAllah akan dikongsi pada tulisan akan datang.

Mudah-mudahan memberi manfaat.

Tuesday, December 15, 2009

Aplikasi Selawat Tafrijiyah

Sumber: http://tarmizy-rwgch.blogspot.com

Sedang saya nak bancuh nescafe di rumah, tiba-tiba keluar lipas menunjukkan dirinya, dengan tindakbalas refleks anti lipas saya, tangan saya terus capai Ridsect dan spray lipas tu. Abis riwayat lipas, nasib baik lum bancuh nescafe lagi, n nasib baik Ridsect bau wangi (shieldtox H2O). Pastu saya terfikir, klu serangga perosak ada Ridsect, "jin perosak" lak ada apa? Ha ini la untuk perawat RnD Selawat Tafrijiyah. Saya namakan ia "Ridjin"?

Berikut adalah teknik menidurkan jin menggunakan selawat Tafrijiyah oleh Tok Guru Saya Al-Fadhil Ustaz Abdul Majid Hasan.



Nampak gayanya artikel fadhilat ayat kursi kena tunggu skit, sejak akhir-akhir ni agak sibuk skit.

Berikut adalah alternatif kepada teknik tidurkan jin, tapi masih lagi guna selawat tafrijiyah.

Bentukkan "tranquilizer gun" dengan diniatkan agar "dart tranquilizer" yang akan ditembak leh menyebabkan jin tidur selama berbulan-bulan. (saya cadangkan 3 bulan, tapi klu nak lebih pun leh juga).

Cam biasa bila tembak takbir "Allahuakbar".

Bagi sesiapa yang suka tgk cerita spy atau undercover agent pasti pernah dengar tentang "truth serum". serum yg disuntik pada tahanan semasa interrogation untuk membuatkan mereka bercakap hanya yg benar, takde tipu-tipu.

Skang ni kita nak apply teknik ni pada jin semasa "interrogation" oleh perawat supaya jin ni hanya bercakap yg benar sahaja.

Bentukkan "truth serum" dengan selawat tafrijiyah dan suntik pada gangguan semasa dia kerasukan, insyaAllah, dia akan bercakap benar dan kuarkan semua maklumat yg kita nak.

Selamat Ber-RnD.

Amalan Harian Untuk Semua Pesakit.

Sumber: http://tarmizy-rwgch.blogspot.com/

Bagi para pesakit tak kira apa jenis gangguan pun, amalan yang boleh anda lakukan setiap hari adalah;

1) Pendinding diri, baca;

Al-Fatihah, 7x
AL-Falaq, 7x
An-Nas, 7x
Al-Ikhlas, 7x
Ayat Kursi, 7x

Amalkan setiap pagi, petang, dan sebelum tidur.

2) Zikrullah, baca selepas maghrib;

Zikir Fatimah (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar), 100x
Zikir Nafi Isbat (Laa ila ha illallah), 100x

3) Kemudian baca surah Yasin satu bilangan. (setiap hari selepas maghrib)

InsyaAllah, perubahan akan dapat dirasai.

Antara kaedah-kaedah lain untuk menghalang was-was ketika beramal dan beribadah ialah dengan membaca surah,

1)Al-Fatihah, 1x
2)An-Nas, 7x

Amalkan setiap sebelum mula beramal atau beribadah.

semoga bermanfaat.

Syukran.

Monday, December 14, 2009

Pagar Jarak Jauh

Sumber: http://pengembarawaktu.blogspot.com

Tengah duduk berehat ketika baru pulang dari kerja tiba-tiba Umi cakap kat aku. "Ada benda kacau kat nurseri..".. Aku tersentak.. "Benda apa?" aku tanya balik. "Ada benda kacau budak yang jaga nursery tu.. nak pegi toilet berdua..nak tido pun berkepit.. abang buatla apa2.." kata Umi..

Nursery tu terletak bersebelahan dengan asrama student perempuan. Blok tu memang biasa kena ganggu. Dengarnya ada orang pernah cuba diskas dgn jin kat situ.. jin tu kata yang biasa buat kacau tu anak-anak dia.. "Kan ustaz KPM ada pegi kursus hari tu.. suruhla dia buat" aku kata.. "Alaa.. ustaz tu tak nak".. haiyaa.. apapunya ustaz daa.. "Lagi pun anak2 kita kan hantar kat situ"..umi menambah.. Aku bukan apa.. aku malas nak berurusan dengan makhluk2 belah sana.. pengalaman sebelum ni mmg buat aku serik jugak ...

Tapi bila fikir2 balik kata2 Umi dan kesian kat budak-budak tu aku pun cuba buat pagar jarak jauh seperti yang diajar Ustaz Majid. Aku tak reti sangat pun.. cuma harap bantuan tuhan je.. aku tak layak buat keje2 ni.. ilmu takde.. dosa pun banyak.. cuma atas rasa nak membantu sesama makhluk.. aku kata.."Mesti ada sebab dia kacau tu.. takkan datang sesaje" .."Mungkin jugakla.. baru2 ni ada budak kena tangkap buat projek kat bilik kosong dekat bangunan nursery tu.." kata Umi.. laa.. patutla.. Kalau ikut Ustaz Majid kes-kes yang macam ni susah nak selesai.. mungkin satu cara protes dari makhluk2 tu.. ntahla.. aku cuba je.. selebihnya aku serah pada yang lebih berkuasa.. "Tolong lukis pelan nursery tu.. tandakan mana pintu dan mana bilik air.." kata aku pada Umi

Berikut kaedah pagar jarak jauh seperti yang diajar ustaz Majid. Sesiapa pun boleh buat sebenarnya.. Cuma yang ni aku tambah mana2 bahagian mengikut perkiraan aku sendiri. Aku niat untuk hanya mengalihkan jin2 yang mengganggu ke luar kawasan pagar tanpa aku sakiti/bunuh mereka. Jadi ke tak jadi kita serah pada tuhan :-

Untuk pendinding sebelum pagar (yang ni aku tambah sendiri) :-
1. Fatihah
2. 3 Qul.
3. Bismillahillazi la Yadurru...
4. Fasayakfika hu Mullah.. (al-Baqarah.. aku tak igt ayat berapa).
5. Ayat Qursi 1x dan hembus kepada plan. Niatkan supaya jin-jin dalam kawasan tersebut keluar (yang ni aku tambah).

Pagar Luar Kawasan
6. Bermula dari pintu sebelah luar. Gerakkan pen arah lawan jam mengelilingi plan sambil membaca ayat Qursi sehingga titik awal tadi. Kalau ikutkan sekali je..tapi aku buat 3 Kali.


Pagar Dalam Rumah
7. Menggunakan kaedah yang sama tapi kali ini dari dalam rumah. Bermula dari pintu depan sebelah dalam..masuk kesetiap bilik dan kawasan KECUALI tandas.

Memenuhkan Ruang dan Membuat Garisan Di dalam rumah.
8. Kalau ikut kaedah yang diajar lepas garis baru tarik jin-jin sebelah dalam keluar sambil baca ayat Qursi/al-Baqarah ayat 1-8. Tapi aku takut nanti dalam proses tu nanti ada yang tercedera/mati maka aku buat kaedah tarik dulu.

Kaedah Tarik Jin.
9. Baca yaa sin ayat 9 dan tiup lembut pada tangan yang nak tarik bagi perlindungan tangan semasa tarik. Sekiranya tidak dilakukan kemungkinan jin boleh terlekat di tangan. Kemudian baca ayat an-namlu ayat 30-31. Kemudian niat tarik jin-jin yang berada di dalam kawasan tersebut sambil menyebut 'Allah...' dan niat hantar di mana. Aku niat hantar ke luar kawasan itu
sahaja supaya dia boleh balik ke sedara mara dia di situ.

10. Aku tamatkan dengan kaedah no 8 dan berdoa semoga Allah beri perlindungan kepada kawasan tersebut.

Wednesday, December 2, 2009

KENALI HANTU-HANTU DARIPADA SUDUT FIZIK

SUMBER: http://darussyifaperak.blogspot.com
Kajian sains kuantum mendapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif dan alah kepada cahaya FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster, semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka, Prof. Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

"Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian, apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

"Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci berlaku.

"Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

"Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

"Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan,tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. "Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

"Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

"Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. "Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

"Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya.

*FAKTA: Hantu dan jin*

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

Tuesday, December 1, 2009

AYAT PASAK JIN

Sumber: http://urutdanrawat.com/
قُلۡ كُونُواْ حِجَارَةً أَوۡ حَدِيدًا Al-Isra 50
Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi

1) Jazamkan dulu ayat tu dengan baca 313x selepas solat hajat.

2) Amalkan 3x tiap2 lepas solat sampai bila-bila.

3) Bila merawat,pegang ubun-ubun pesakit dan baca ulang2 ayat tu sehingga pesakit yang kerasukan jadi kaku dan tidak bertindak liar/ganas

Monday, November 30, 2009

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

Sumber: http://urutdanrawat.com/
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

Wednesday, September 2, 2009

Petua Mencari Lailatul Qadar

Sumber: http://simaas.blogspot.com/2009/09/cari-malam-lailatul-qadar.html

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I)AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III)SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV)KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

WALLAHU'ALAM

Sunday, August 30, 2009

Aura

Wednesday, August 26, 2009

Sunday, August 9, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Listen to Quran

MINUM, SIHAT, DAPAT DUIT