RADIO ASSUNNAH

Blog Perawat Islam dan Kesihatan

Saturday, January 23, 2010

Rawatan Diri Sendiri

Sumber: http://dairiana.blogspot.com/

Kali ini Wak nak kongsi sedikit amalan yang Wak buat untuk rawat diri sendiri. Dalam jemaah kita, ada ketika khas untuk kita rawat diri kita sendiri. Ahli yang baru lebih-lebih lagi yang aktif merawat, rawatan kerap kena dibuat iaitu tiap dua minggu paling kurang sebulan sekali, orang lama mungkin jarang-jarang ( bukan pasal kebalnya orang lama, tapi biar orang lama cepat KO orang baru naik pangkat..ha!ha! jangan tiru perangai buruk ini..). Tak kira kita ada gangguankah, ada sakakah, ada bakakah..atau tak ada, rawatan mesti dibuat, jika tak dapat nak buat untuk diri sendiri minta khidmat rakan.Namun kepada mereka yang bukan perawat atau mereka yang benar-benar bermasalah elok jumpa perawat dulu sebelum mempraktikkan amalan ini.

Ada kalanya kita merasa sihat adakala sebaliknya. Ini hukum alam, lumrah kehidupan. ALLAH tak lupa, kita mudah lupa ( lebih-lebih orang yang dah tua macam Wak ni ). ALLAH nak ingat kan kita, nak tunjuk pada kita bahawa itulah “KUASA NYA dan itulah “kelemahan” kita, serta yang paling penting itu menandakan bahawa adanya Dia..

Antara amalan yang umumnya kita usahakan / lakukan ialah :
Cara I :
1. Amalan ikrar pemutus tiap lepas solat.
2. Bacaaan Ruqyah pada diri kita sendiri dengan tangan mengenggam urat nadi pada lengan ( tak kira sebelah kiri atau kanan ) selesai bacaan tiup tapak tanggan sebelah yang digenggam kamudian tahan nafas untuk seketika ( agak dalam 5-10 saat gitu ) kamudian lepas perlahan..sebanyak 3 x.
Cara II :
1. Fatihah 3 @ 7x
2. Membaca ayat 23 dari surah al Furqan sebanyak 100x
3. Ayatul Kursi 33x ( selesai 33x tarik dan tahan nafas dan hembus dengan kuat melalui hidung, makrifatkan hembusan itu sebagai serangan pada musuh yang ada dalam diri kita termasuk saka.
4. Bacaan surah al Falaq dan an Nas 41x ( tarik dan tahan nafas kamudian hembus perlahan )
5. Baca ayat-ayat syifa. Insyallah...

Buat sekali pagi dan petang kalau boleh jadikan amalan harian. Kepada yang aktif merawat dan ‘bersaka’ amalan ini digalakan..kerana ' kawan dan lawan' yang berada pada diri kita sendiri atau dari pesakit yang pernah kita rawat tidak akan dapat kekal lama untuk menumpangi atau mendampingi kita..Insyallah. ( Ada setengahnya sedia tinggalkan jasad pesakit kerana minat nak mendampingi kita pula..kepada yang terlibat dengan pengurusan jenazah juga boleh amalkan )

Kaedah satu dan dua boleh juga diguna untuk merawat atau scanning, Cuma jumlah nya boleh lah dikurangkan, 7 atau 11 kali untuk tiap satu ayat yang dibaca dan baca secara tenang serta minta pesakit pula untuk tarik dan hembus nafasnya tiap kali selesai bacaan seperti mana merawat diri sendiri.

Ada setengah perawat atau sesiapa saja, ada hari atau waktu malasnya..segala-galanya malas sampai nak tido pun malas. Lalu amalanya :
Cara A:
1. Fatihah 70 x ( tarik,tahan, nafas dan hembus perlahan )
2. Tasbih nabi Yunus 100 x
3. Selawat Syifa dan Tafrijiah ( 7 x tiap satu )
4. 3 Qul
Kamudian tarik / hembus nafas sebanyak 3x,
Cara B:
1.Istghifar 100 x
2.Tasbih, tahmid dan tahlil 1000x
Kalau malas juga:
Cari waktu santai yang memang untuk kita istirehat ( bukan isteri rehat… )
Perbanyakan tasbih nabi Yunus atau istghifar biasa hingga terlelap atau tertidur, insyallah bila anda bangun dari tidur mood anda akan berubah ( pasal dah tido.) tidur ' berubat ' tak sama dengan tidur biasa..mula-mula mungkin tak perasan bila dah kerap diamal baru kenal bezanya..wallahualam.
( Tapi kalau malas juga pi..main basikal tengah jalan atau lepak je di komplek beli belah atau pasar raya.. )

Kamudian..buatlah mandian air ruqyah, nak tambah limau nipis atau limau purut, bunga-bungaankah, garamkah..( kapur baruskah tambah je..nak tambah gula kopi, milo pun boleh..he!he! )

Untuk elak penyakit berjangkit pula yang umumnya:
Baca pada air:
1.Fatihah 41x
2.Surah al kafirun 40 x
Buat lepas solat marhgrib. Jadikan air tersebut amalan harian keluarga, campuran pada masakan lauk pauk atau nasi..ia juga berfungsi untuk menolak santau peringkat awal..insyallah.

Kepada perawat adalah disyorkan untuk mengguna air yang telah di ruqyah pada semua keperluan makan minum hariannya disamping untuk bentang diri dan keluarga..ia juga berfungsi sebagai sumber ‘tenaga’ kepada perawat agar mudah untuk beramal..insyallah.

Kaedah-kaedah lain ialah :
1.Sepit dan
2.Sebat

Namun kaedah ini perlu latihan yang kerap serta dibimbing oleh guru. Hanya boleh digunakan bila guru dah luluskan. Dan kesannya pun agak pantas kerana ia mampu memulih dalam masa yang singkat dan segera..dengan izin ALLAH. ( macam ubat active5 lah.. ).

Kaedah yang dinyatakan diatas boleh diguna dalam pelbagai keadaan sakit, demam, amalan selepas rawatan dan mereka yang ‘bersaka’..

Kepada yang di ‘sahkan’ bersaka ( ada bukti serta akta-akta yang boleh di terima pakai..) kenali dulu saka tersebut:
1.Dari mana datangnya
2.Jenisnya
Contoh :
Jika ia dari siapa-siapa ( yang hidup atau pun dah meninggal dunia.. )
Hadiahkan fatihah sebanyak mungkin pada orang tersebut, kamudian berdoalah untuk kesejahteraanya.
Yang kedua Wak KIV ( bukan tak nak kongsi ) lagi pun ia dah masuk bab jenis-jenis saka dan rawatannya dan mungkin ada sebahagian keterangannya akan membenggangkan kepada yang benggang nak faham..he!he! Nanti tak pasal-pasal pula jadi macam rakan kita sebelum ni, tuduh sana tuduh sini, Jiman lah, Jimwomen lah, Toyol pun campur tangan. Pesan guru Wak jangan cerita bab yang orang susah nak faham, tapi kalau nak tau juga bawa jumpa..ha!ha!..tambahan pula ia perlu huraian panjang..( walaupun ia boleh di pendekkan ..) Wak rasa tak muat PC ni..kalau nak cerita..dan ia perlu ‘pengeras’..tiap kali bila dapat gaji..he!he!

Apa-apa pun pesan Wak kalau nak sentiasa sihat, banyakkan zikir, ingat pada ALLAH selalu dekatkan diri pada Nya dengan pelbagai amalan, dari yang sunat apatah lagi yang wajib...insyallah.

Jumpa lagi di lain catatan..yang baik dari ALLAH, kurang itu kelemahan Wak sendiri.
Sekadar untuk perkongsian..moga diberkati semuanya..

1 comment:

  1. CASINO, LUXURY, NV - Mapyro
    Find the best value on the CASINO 경기도 출장마사지 in LUXURY, 문경 출장샵 NV 전주 출장샵 and get directions, reviews and information 영주 출장마사지 for 광명 출장마사지 it at Mapyro.

    ReplyDelete

Listen to Quran

MINUM, SIHAT, DAPAT DUIT